Wednesday 13 March 2013

Perhatian!!

Assalamualaikum w.b.t..






Mencuri sedikit masa meng"update" blog. Ada satu perkara yang ingin aku kongsikan dan perlu di ambil perhatian..mungkin anda, anda dan anda pernah mengalami situasi seperti ini. Aku sendiri pun ini bukalah pertama kalinya, tapi kali pertama aku ambil serius benda ni.. perrgghhh.. bunyi saspen je kan.. rileks..rileks.. baca sampai habis apa yang aku nak cakap ni..ok..

Awal bulan hari tu aku kepelikkan apesal pulak elaun aku bulan ni macam short (tak cukup). Ye.. pernah terjadi perkara yang sama beberapa sem yang lepas. Tapi masa tu aku buat bodoh je, tak de terfikir nak siasat apa yang terjadi walaupun perasaan pelik bermain-main dalam fikiran. Bajet kaya la sangat... then bulan ni perkara yang sama terjadi lagi.. OhMyGOD!! kali ni dengan perasaan tak puas hati, aku nekad nak selidik apa yang sebenarnya terjadi??? 

Jumaat minggu lepas aku ke cawangan bank yang berdekatan nak mintak penyata bank..tapi terpaksa tunggu sehari bekerja baru dapat. Maknanya Isnin lah baru aku boleh pergi ambik, tapi Isnin tu aku tak pergi sebab banyak kerja. Memandangkan hari ni tak de kelas so aku ambik la kesempatan pergi sekejap. Sampai je kat kaunter pertanyaan aku cakap kat akak tu nak ambik penyata bank yang aku mintak minggu lepas.. then akak tu tanya aku "Kenapa baru datang ambik?"
=,= orang banyak hal la.. tapi tak de la aku cakap macam tu.. heee~~ aku senyap je.

Teliti punya teliti ada satu hari tu dia tulis kat situ dua kali aku withdraw duit dari ATM. Rasanya sekali je..atau aku yang lupa?? banyak kali jugak la ulang alik masuk bank tu.. sampai mamat jual broadband yang duk bertenggek depan bank tu pun naik pelik.. "tak penat ke ulang alik??"
Hah! menyibuk! suka hati la..tau jeles sebab kitorang buat tak layan je bila dia nak promote dia punya broadband.. kalau orang nak, dah lama la orang beli. Aku menyampah jugak kadang-kadang dengan ajen-ajen yang menyakitkan hati ni.. hari tu dah pernah terkena sekali. Minta maafla.. aku dah tak percaya lah kat orang yang buat promosi tepi-tepi jalan macam ni.. 

Ok, sambung cerita balik.. akak kat kaunter tu tanyalah aku ada tak cuba withdraw duit kat ATM bank lain, tapi duit tak keluar? ada.. tapi bukan hari tu.. tu hari lain.. then akak tu suh aku isi borang aduan.. lepas keluar dari bank tu baru lah ingatan aku kembali.. yup!! awal bulan hari tu aku ada cuba nak ambik duit kat ATM dalam The Mines masa pergi Big Bad Wolf bookfair dengan kawan aku tapi urus niaga tak dapat di proses..

Ya.. puncanya kat situ.. kadang-kadang perkara macam ni terjadi, bila kita cuba nak keluarkan duit tapi urus niaga tak dapat diproses.. better pegi check jumlah yang tinggal serta merta kat mesin lain sebab takut duit dia tetap tolak tapi duit tak keluar. Itu sebenarnya terjadi.. =.=
Kalau perkara macam ni terjadi cepat-cepat call bank tersebut atau pergi kat kaunter buat aduan dengan segera. Aku ni dah berminggu-minggu baru sibuk nak buat aduan. Segalanya lambat!

So, berhati-hati ye..



Sunday 10 March 2013

Gangguan psikologi..

Assalamualaikum w.b.t..



Makin banyak exam makin malas lak jadinya. Da nak exam sangat-sangat barulah sibuk nak cari nota yang mana lagi tak de. Sekali bukak elearn server down.. ok,fine! =,=

Beberapa minggu lepas aku pergi kiosk untuk print note, tapi aku tak perasan aku tak tukar dia punya view tu dari slide ke handout. Dah print baru perasan, hasilnya apa lagi..keluarlah nota gedabak-gedabak macam ni.. orang rabun tak pakai spek pun boleh nampak.. (macam mengata diri sendiri pulak.. -..-)






Semuanya ada 19 slide je..tapi da jadi 19 helai lah kan... mak oiii... macam banyak lak nak kena baca bila da jadi tebal-tebal macam tu.. jadi.. untuk mengelakkan gangguan psikologi ni aku decide nak print semula nota yang ini.. so daripada 19 slide, 19 mukasurat aku dapat kurangkan kepada 19 slide, 4 mukasurat..




Tapi sebenarnya sama je kan... tetap 19 slide.. cuma tak sukalah tengok tebal-tebal macam tu jadi cam malas nak baca.. membazir ke?? tak pe nanti kita recycle balik kertas tu.. haha! 




Saturday 2 March 2013

Aktiviti awal bulan..#1

Assalamualaikum w.b.t..


Menunggu awal bulan sememangnya melelahkan. Tapi bila masuk je satu haribulan muka masing-masing, mak aiiihhh... tak yah cakap la, berseri-seri. Termasuklah aku. hehe! So semalam 1 Mac, setiap satu haribulan kitorang memang suka keluar, maklumlah elaun dah masuk. Oh, jangan salah faham ye, bukan keluar berjoli tapi keluar untuk membeli barang-barang keperluan. 
#iye la tu.. :ppp

1Mac 2013

Kelas start pukul 9pagi sampai 12 tengah hari. Biasanya 3 jam tu memang dimanfaatkanlah, jangan harap boleh keluar awal, maklumlah lecturer part time.. 
Dah habis kelas tu apa lagi, semua bertebaran untuk menjayakan agenda masing-masing. Ada yang nak pergi tukar baucer buku, ada yang nak balik rumah, ada yang nak pergi jalan-jalan cuci mata dan ada juga yang tak ada arah tujuan

Habis je kelas tempat yang dituju adalah Metro Kajang sebab nak mengisi poket yang dah kontang di kaunter atm. Fenomena biasa dihari Jumaat, budak-budak sekolah ramai yang lepak-lepak dalam mall, lepak-lepak dekat foodcourt. Dalam kepala kitorang "mak tak masak ke kat rumah??" =.="
Ok.. Mungkin mak dia bekerjaya, sibukkan, so bagi je duit kat anak, makan kat luar. Memetik kata-kata kawan aku sewaktu kitorang duk menyantap kat foodcourt tu.. "aku rasa macam dah kat kantin sekolah dah.." haha!






Aneka kek dan pencuci mulut yang boleh dijadikan pilihan..


Then dalam pukul tiga petang, kitorang gerak ke KTM Kajang dengan menaiki bas mini yang selalunya dipenuhi warga-warga asing. Fuh!  =.=
Selesai je membeli tiket tren untuk ke Mid Valley, aku tertunduk-tunduk mencari purse didalam handbag untuk menyimpan baki wang yang telah digunakan. Memang susah sikitlah nak cari sebab dalamnya macam-macam ada, dah macam poket Doraemon dah! tiba-tiba... terdengar suara menegurku.. aku segera berpusing.. Ohmygod!! 
Tak.. bukan pakwe lama ok..cuma seorang kawan. Dormmate aku masa kat Kolej MARA Kulim dulu.. rasa excited lebih sikit sebab selalu kalau aku keluar susah sikit nak jumpa atau terserempak dengan kawan-kawan lama. Tapi seriusly tak sangka boleh terserempak dengan dia kat situ, dah la beberapa hari sebelum tu aku ada terfikirkan dia. 

Tujuan aku keluar sebenarnya sebenarnya nak pergi MPH,boleh tukar baucer buku tapi bila tengok betapa ramainya orang terus terbantut niat dihati. Lagipun tak ada nampak apa-apa yang menarik pun..




Rehat jap sambil makan Pretzel bersama Nash.. Sori FQ tak ajak hang, cari-cari tak jumpa.hehe..

Lastly dalam pukul 9 malam jugaklah mula bergerak pulang, tunggu tren balik Kajang.. masing-masing dah kepenatan.! 


Masa duk dalam tren tu sempat lagi ambil gambar kek yang aku beli tadi.. tahan la pulak, tak kemek langsung.. hmmmm....




Sampai je hostel, perut berdondang sayang.. lapar la pulak.. So, kirim kat roomate aku beli burger Radin. Fuhh.. serius sedap. Kak Dani.. betulla burger Radin sedap.. hehe..

Last but not least..apa jadi dengan kek yang aku beli tu.. kenapa tak makan kek tu jekan..





Tadaaa... kek ni boleh melekat! haha! actually ni adalah magnet berbentuk kek.. haha.. serius nampak sedap. Bau dia pun dah macam kek dah. Tidak sesuai untuk kanak-kanak dibawah 3 tahun.



#banyak benda sebenarnya nak taip, tapi malas.. haha..so...

To be continue... ;)))